Wednesday, December 15, 2010

PAGI YANG KELABUT, MALAM YANG TENANG

Serabut!!!!
pagi ku bangun penuh serabut.
30 minit sebelum fajar menjelma daku terjaga
terlewat sedetik cuma
subuh ku tidak damai dan tenteram
kerana teringat agenda dunia

sesak...
jalan yg biasa ku lalui setiap pagi sesak!!!!
seperti biasa, bagai semut hitam yg sedang merayap di celahan batu,
masa yg sepatutnyasekejap
berjela-jela lambat jadinya
lewat aku lewat.
menghadirkan diri seperti biasa
ku ketuk pintu rezeki ku
dgn palitan merah didada!!!!

tertekan!!!!
sungguh hari ku tertekan!!!
jam baru pukul 10 pagi,
begitu banyak urusan dunia yang perlu ku patuhi
yang perlu ku selesaikan.
pukul satu aku terlepas, perut kosong memberi amaran
ku keraskan hati, ke ketuk papan kekunci

lebih tertekan,
tengah hari ku
disumbat dgn laporan.
dgn perjumpaan
dgn perbincangan
dari satu bilik ke satu bilik ku dikerjakan
berjela arahan, berjela agenda, berjela laporan
anak-anak buah ku mengerling penuh kehairanan
hari yg biasa jadi ribut tak keruan.

ku pejam mata, kukunci lidah,
ku tahan nafas, ku buka minda
ku singgah hati
ku sapa jiwa
sabar....
roh ku berkata benar.....

bilik ku diketuk lagi.
apa pula kali ini,
bergegas semua yang kanan
berkumpul di bilik utama
mendengar arahan dan amanat dari ketua utama

keluar sahaja, semua berkerut dahinya,
termasuk jua aku ini,
perut makin berbunyi,
sabar.... bukan rezeki...

aku tersentak!!!!
zohor ku hendak melabuhkan tirainya,
kurang 1 jam lagi.
bergegas aku, ke musolla, yang terkunci sepi.

ku kembali menerjah pintu bilik ku,
bertimbun lagi laporan.

arh!!!!
batin ku menjerit.
ku bungkam pintu belakang,
asap berkepul kehembus ku tarik
sebatang.... 2 batang.... datang pula yg lain.
sambung lagi, bara yg masih menyala, sahut-sahut bersambung....
berbekalkan air teh yg dibancuh sendiri,
rancak berbual, hilangkan resah di jiwa.

cukup sudah!!!
dada ku sakit tidak terperi.
batukan keras penawarnya
ku lontarkan sepenuh jiwa
ke bilik ku
mengadap laporan
ku ketuk papan kekunci mencari jawapan

pukul lima mula menyapa, semua mata tersenyum tawa,
pada jam dinding, setiap saat dihitungnya....

beransur kurang, bangunan rezeki beransur kurang
ramai yang pulang.

tapi aku masih tersisa disini.
ke ketuk papan kekunci

arh!!!!
leka lagi aku.
sudah pukul 6
langit pun sudah berdarah jingga
lemah kaki ku menapak. turun semula ke musolla

tenang seketika
dalam hening ku kumpul kekuatan
menapak semula keatas
melemaskan diri di balik kurungan

laporan diselak di semak
papan kekunci diketuk....

di luar jendela,
mentari sudahpun lemas terkapai-kapai di kaki langit
ku kemaskan perkakas, ku susun molek
aku beratur seorang diri.
menunggu pangilan azan
takbir diangkat, dalam dinginnya air hujan

daku pulang,
mata berpinau, badan berkusam
bergerak aku dgn perlahan
menikmati udara malam
perut ku sudah berhenti berbunyi
diam...merajuk..

ku singgah sebentar.
memesan rezeki yg dijanjikan tuhan. perlahan-lahan. tak bermaya ku telan

pintu rumah ku ku buka
dlaam pekat gelap, ku lontarkan cahaya dari balik dinding bersilang
sunyi...

mana isteri???
mana putera ku???
mana puteri ku????
sepi tiada jawapan,

lamunan ku dikejutkan,
deringan telefon nyaring.
panggilan dari isteri tercinta. menyatakan rindunya, bertanyaka nkhabar, memesan perkara
insyaallah, minggu bakal berjumpa.....

ku besihkan diri, ku duduk termenung pada isi rumah yang penuh tapi kosong..
ku sapa kalbu ku pujuk hati ku tnaya jiwa.
marilah mengadap illahi. penuh khusuk buat sekian kalinya

wudhuk ku ambil
penuh tertib dan berhati-hati
bagai membasuh tubuh si kecil
semua rukun ku patuhi

ku bentangkan sejadah....
di dalam bilik yang ehning sepi,
tiada kedenagaran
walau desiran sayap nyamuk..
hening
sepi sesepinya

takbir diangkat, surah dibaca....
dalam aku berdiri tegak,
dlaam aku sujud menyembah,
dalam aku menadah tangan memohon ampun dan doa

hati ku tenang... setenang-tenang nya

ku tepuk-tepuk tempat beradu,
ku titipkan kalimah sebelum mata terpejam......
ku laungkan nama Mu jauh di dalam kalbu, aku tersenyum seorang...
mata dipejam.... hati bertitip kalimah....
mata dipejam.. hilanglah semua.....

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'

No comments: