Pada siapa harusku depangkan,
Segala kemelut yang membungkam dijiwa?
Pada siapa harus ku syairkan
Setiap bait duka nestapa?
Antara sedar dan tidak,
jasadku mencalit seribu dosa
Dengan waras aku menyapa
zahir ku alpa, batinku merana
wahai zahirku, kenapa?
zirahmu berselendang nafsu?
sedangkan dikau tahu,
ia diperasap dengan bara api
kekanglah ia,
jangan biar batin ini terseksa,
bahang api ini sudah terasa
cuma lecurnya tiada terlihat
dari mata kasar empunya badan
wajarkah aku layurkan,
api dunia diputung jarimu?
agar kau dapat merasa,
pedih bahang dipipit bara?
agar kau sedar,
zahir mu bukan berzirah besi,
mampu menahan panasnya api
usah lah dikau menjadi petualang
berani alang menongkat tinggi
Sedang kau tahu tertibnya jiwa
tunduk rafak menyembah Gusti?
Kapan bila perlu ditangisi,
Setiap palit nista ini
sedang batin merintih sepi
zahir takabur menongkat tinggi?
tunduk lah dikau wahir zahir ku
murka Gusti kepalang azab
sedang nafas lagi diberi
syukur tidak jadi hidangan
menangis aku zahir
kerana alpa menjadi tiara mu
tangguh menjadi destar mu
angkuh menjadi selendangmu
dosa menjadi zirahmu
jangan nanti
bila layu telapak kaki
bila terkulai cuping telinga
baru kau tercungap mencari Gusti
kala Azazil datang menyapa
kelak waktu itu,
tiada daya kederatmu
menolak gerbang taubat
yang tertutup rapat
wahai zahir ku,
tundukkan kuda nafsumu
biar ia tunduk mencium bumi,
tempat asal engkau jadi
wahai makhta ku
serulah olehmu
agar terjaga hamba ini
yang merintih mencari rongga
untuk kembali berpaut pada tajalli
Allah taala yang Maha Kuasa
wahai makhta ku
bantulah aku
gerakkan tulang temulangku
untuk merangkah mensucikan zahir,
yang hanyir diselimuti dosa
wahai makhta ku
pujuklah zahir ku
biar bertongkat paruh merangkak
biar berdikit mendaki
mencari sejadah
di malam hening yang dingin
wahai makhta ku
air mata ini mengalir lah sudah
terkenangkan zahir yang dipaluti noda
sedangkan nafazku terhumam terseka
mencari ruang di kerongkong nafas
agar bisa ku hemburkan
dengan rasa berpasir dihalkum ini
dengan rasa perit kekeringan
berdikir syair paluan nasuha..
bergema gemersik dialun sendu
lafaz nasuha dititip sayu
pada Ar-Rabb daku merayu
ditikar sejadah aku berteleku
menitik tangis dimalam beku......
kekal lah daku,
dalam selubung tangis sendu
dalam selimut ratap syahdu
memohon ampun pada Ar-Rabb ku
dari hamba kufur beraja nafsu.....
Ya Rabbi, dimanakah tempat ku???
-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-Baik Cahaya'
No comments:
Post a Comment