aku, keliru...
berapa ribu yang senasib dgn ku keliru
mana satu......
yang harus ku tujukan
mata bola pen ku,
pangkah ku,
ku simpan
biar jujur,
org atasan
biar terbukti
segala perbuatan
baru pena ku berjalan.
baik kiri mahupun kanan
ada rahsia
yang hendak disembunyikan
atas pagar aku bersila
bukan ku pinta utk bertapa di atas pagar ini
tapi apa kan daya
wayang yang sedia ada
semakin besar layarnya
baik kanan, mahupun kiri
baling batu, tangan disembunyi
mana bukti.. tunjukkan
agar daku tak sesat berjalan
boleh sahaja
aku melaung bagai kerasukan
memilih mana sahaja
baik kiri atau kanan
aku melaung,
menyatakan sokongan
baik ku pilih yg kiri
atau ku berpaut pada yang kanan
tapi untuk apa?
bangsa ku masih mundur
agama ku masih dipermainkan
rahsia bangsaku masih disimpan
masih dicuri
masih dijarah sesuka hati
atas pagar aku bertapa
menanti jujur datang menerpa
gerun aku melihat sketsa wayang melayu
sesama sendiri
kafir mangkafirkan
sedang Dajjal duduk tersenyum
memerhatikan
rapuh punah bangsa ku
tidak bersatu
tanah ini pernah dijajah dan jarah
dan sekali lagi ia dijajah dan dijarah
sedang pemuka dan pemudanya
leka bemain sketsa drama
tuduh menuduh
cerca mencerca
hanya dahagakan
kepingan kertas undi untuk dipangkah
yang mana satu?
yang hijau atau yg biru????
tetap lah pendirianmu
wahai pemuka
palingkan hati mu
pada harta dunia
bersihkan dirimu
dari di bicara
tetapi, ia tetap terjadi
ada yg membisu,
ada yg memfitnah
ada yg dibicarakan
ada yg duduk mengira
hasil rasuah dan riba
apa perlukah ku menderhaka???
ku amuk seantaro nusantara
ku tikam bunuh semua pemuka
yg acap kali bermain sandiwara?????
bila selesai ribut amukan ku,
lalu ku serahkan tampuk kursi
pada mereka yang ada pekerti
biar dia sahaja yg mentadbir
menjadi khalifah diri ku ini????
tapi itu tidak bisa terjadi
waras ku masih meninggi
akal ku masih panjang
cuma hatiku bergulai duka
berlauk hiba
berulam nestapa
kerana nasi dihadapanku
belum tentu dari halal atau haram
kerna khalifah ku
acap benar bermain wayang
lalu bertapa lah aku
untuk sekelian kalinya
atas pagar ku berdiri
memerhati
dan terus memerhati
tanah ku
seinci demi seinci
jadi rebutan,
jadi jarahan
sedangkan pemuka-pemuka ku
asyik benar bermain wayang
tunjuk kan kepada kami
kejujuran di dalam hati
baik hijau atau biru
jangan dikau bermain wayang
menambah celaru
buktikan sekarang
sebelum bergema gendang perang
dari musuh di laut seberang
ku julang panji 'Mim' tulisan ibrani
dengan kalimah aku berdiri
bagai aliff,berpaut pada nur tajalli..........................................
ikhlas dari yg tak berparti.........
-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'
No comments:
Post a Comment