Wednesday, December 15, 2010

Zikir 20 Sifatullah (Sifat Allah)

Asma Ul Husna - Hijjaz

Zikir Ya Latiff

Zikir Munajat 2

Zikir Munajat 1

Nadamurni - Munajat

UMMI-haddad alwi

di pondok kecil

Selimut Putih - Nada Murni

Sepohon Kayu - NadaMurni

Awie-Bersumpah Dengan Langit

Dosa Hamba

Pada siapa harusku depangkan,
Segala kemelut yang membungkam dijiwa?
Pada siapa harus ku syairkan
Setiap bait duka nestapa?

Antara sedar dan tidak,
jasadku mencalit seribu dosa
Dengan waras aku menyapa
zahir ku alpa, batinku merana

wahai zahirku, kenapa?
zirahmu berselendang nafsu?
sedangkan dikau tahu,
ia diperasap dengan bara api

kekanglah ia,
jangan biar batin ini terseksa,
bahang api ini sudah terasa
cuma lecurnya tiada terlihat
dari mata kasar empunya badan

wajarkah aku layurkan,
api dunia diputung jarimu?
agar kau dapat merasa,
pedih bahang dipipit bara?
agar kau sedar,
zahir mu bukan berzirah besi,
mampu menahan panasnya api

usah lah dikau menjadi petualang
berani alang menongkat tinggi
Sedang kau tahu tertibnya jiwa
tunduk rafak menyembah Gusti?

Kapan bila perlu ditangisi,
Setiap palit nista ini
sedang batin merintih sepi
zahir takabur menongkat tinggi?

tunduk lah dikau wahir zahir ku
murka Gusti kepalang azab
sedang nafas lagi diberi
syukur tidak jadi hidangan

menangis aku zahir
kerana alpa menjadi tiara mu
tangguh menjadi destar mu
angkuh menjadi selendangmu
dosa menjadi zirahmu

jangan nanti
bila layu telapak kaki
bila terkulai cuping telinga
baru kau tercungap mencari Gusti
kala Azazil datang menyapa

kelak waktu itu,
tiada daya kederatmu
menolak gerbang taubat
yang tertutup rapat

wahai  zahir ku,
tundukkan kuda nafsumu
biar ia tunduk mencium bumi,
tempat asal engkau jadi

wahai makhta ku
serulah olehmu
agar terjaga hamba ini
yang merintih mencari rongga
untuk kembali berpaut pada tajalli
Allah taala yang Maha Kuasa

wahai makhta ku
bantulah aku
gerakkan tulang temulangku
untuk merangkah mensucikan zahir,
yang hanyir diselimuti dosa

wahai makhta ku
pujuklah zahir ku
biar bertongkat paruh merangkak
biar berdikit mendaki
mencari sejadah
di malam hening yang dingin

wahai makhta ku
air mata ini mengalir lah sudah
terkenangkan zahir yang dipaluti noda
sedangkan nafazku terhumam terseka
mencari ruang di kerongkong nafas
agar bisa ku hemburkan
dengan rasa berpasir dihalkum ini
dengan rasa perit kekeringan
 berdikir syair paluan nasuha..

bergema gemersik dialun sendu
lafaz nasuha dititip sayu
pada Ar-Rabb daku merayu
ditikar sejadah aku berteleku
menitik tangis dimalam beku......

kekal lah daku,
dalam selubung tangis sendu
dalam selimut ratap syahdu
memohon ampun pada Ar-Rabb ku
dari hamba kufur beraja nafsu.....

Ya Rabbi, dimanakah tempat ku???

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-Baik Cahaya'

Pantun Duka: Teleku Si Petapa

info:-

pantun ini ternukil hasil dari komen beberapa orang visitors/ bloger/ shirener/ jiggers dalam mistisfile.org. jawapan kepada nukilan seni ku yang lalu... lalu terhasil lah pantun ini...

...................................................

"Salam CG, 6 November,2010,11:36 PM,"

 gendang palu-paluan lagu menora,
ditari oleh si anak raja,
manakan tidak puisi menjelma,
akibat tangis jiwaku di malam duka.

manatah dia si anak raja,
ibu inang gusar mencari,
jiwaku menangis di malam duka,
kenangkan bangsa terlupa diri.

gusar sungguh hati si ibu,
takut murka bendahara raja,
malam ku sunyi duduk berteleku,
di atas pagar aku bertapa.

dasyat lagi murkanya raja,
keris terpacak tulah sebadan,
atas pagar aku pertapa,
ulamak umarak tidak sepadan.

tulah raja sumpah berdaulat,
sumpahnya hidup lagi bernyawa,
sedangkan 'musuh' main muslihat,
dua 'bendera' leka berlaga.

dalam jasad terkandung nyawa,
datang perintah ajal lah ia,
manakan mungkin duduk berdua,
masing-masing menyimpan rahsia.

datang ajal putuslah amalan,
cuma tinggal 3 saudara,
janji manis jadi mainan,
nawaitu hanya tinggal kerangka.

3 saudara amalan dunia,
panjang-panjangkan hingga kiamat,
yang pengikut asyik berlaga,
yang diatas bersilang muslihat.

kiamat itu janji yang benar,
itu pegangan semua pendekar,
orang atas bermain onar,
marhaien juga yang badan bercalar.

adatlah pendekar hendak berkeris,
pantang mika pencak berundur,
alangkah sungguh ucapnya manis,
janji ditabur, tidak berkubur.

pantang mika pencak berundur,
kula diam duduk bersila,
pateh asing kula mengundur,
anak bangsa kula menyinga??!!!.

kula diam duduk bersila,
datang puteri bawa kan tabut,
srikandi datang bawa berita,
kenapa mika bermain ribut???

datang puteri bawa kan tabut,
harum semerbak bau wanginya,
srikandi datang bawakan yang patut,
kenapa perlu diajak bersengketa???

harum semerbak bau kemboja,
dulangnya mawar tepak setangi,
kenapa perlu diajak bersengketa,
berdosakah dia kasyafkan yang tersembunyi?

mawar layu dibidai zaman,
tegak jua lalang berduri,
selera sungguh diatas makan,
meratah daging bangsa sendiri???!!!

tegak sungguh lalang berdiri,
ambilkan parang tolong cantaskan,
 kalau meratah daging sendiri,
adakah itu jadi tauladan???

parang diasah keris dilayur,
hendak berperang gerangan mika,
dalam kain duduk bertempur,
pateh asing duduk ketawa.

kalau sungguh hendak beperang,
mana perisai, mana panjinya,
hati-hati dengan seberang,
mata satu nak tunjukkan dirinya.

perisai hilang panji tah kemana,
ada hati hendak bergendang,
sedang molek naga bertapa,
cicak kubing berpesta riang!!!

gendang dipalu jebat menari,
tarian amuk lantai berdarah,
hendak diamuk seluruh neger,i
barukan tahu siapa melatah!!!

darah bersimbah jebat amukkan,
duka raja tersalah titah,
apakan daya kederat marhaien,
pemimpin diatas asyik melatah.......

-panji mim tulisan ibrani-
 'sebaik-baik cahaya'

Puisi Amaran 1

 info:-

nukilan ini aku karang khas, semasa melayari blog mistisfiles, terutamanya coretan daripada pengarang cyber bernama Srikandi, pemegang tabut haruman rahsia alter bangsa melayu.

nukilan ini spontan terhasil, dek kerana komen-komen yg liar lagi menyeleweng... maka ku sampaikan amaran dalam bentuk seni ini...


"salam cik puan srikandi,pemegang tabut rahsia haruman,
izinkan pemegang panji mim tulisan ibrani berbicara....
salam pembuka bicara.
berselang keras dgn angin yang membungkam di dada..... "

............................

hei anon-anon sekelian,
hei mata-mata yg buta sekelian
hey hati-hati yg kelam sekelian,
hey jiwa-jiwa yang tidur sekelian,
hey makhta-makhta roh yg terbelenggu sekelian,
hey musang-musang bajingan sekelian

hati-hati....
pemegang panji membukan kelopak matanya..
dari atas peraduan dia memerhati....
sugul melihat anak bangsa saling bertingkah
menikam sesama sendiri...
bercakaran sesama sendiri

manatah dia pengaku....
manatah dia pelaga...
manatah dia pemuka...
manatah dia ulama..
manatah dia pewaris raja....

sedangkan lagi..
musuh mu berselinap di balik madu...
menabur racun yang kepalang bisa
sedang dikau duduk berteleku,
mencari ras mencari hulu.

hey dikau bajingan laknat!
durhaka dikau membelakangkan kiblat
bertopeng musang berselubung musibat
KU SUMPAH DIKAU DIPANAH KILAT...
SELURUH KETURUNAN SEHINGGA KIAMAT!!!!

ku junjung bulan, ku junjung mentari
ku junjung laut tak bersegi
ku junjung gunung tak bersendi
namun,
berat lagi ku junjung
amanat ALLAH amanat rasul
jadi sandaran ke urat jantung...

panji di kanan,
rentaka di kiri
keris di pinggang
semutar di belakang
sedangkan naga lagi ku tunggang
inikan pula cicak melintang....

awas..
tulang empat  kerat ku mengertip keras
jagan dicuba....
bangkitkan naga yg tidur lena...................


-panji mim tulisan ibrani-
(sebaik-baik cahaya)

November 6, 2010 4:22 PM

PAGI YANG KELABUT, MALAM YANG TENANG

Serabut!!!!
pagi ku bangun penuh serabut.
30 minit sebelum fajar menjelma daku terjaga
terlewat sedetik cuma
subuh ku tidak damai dan tenteram
kerana teringat agenda dunia

sesak...
jalan yg biasa ku lalui setiap pagi sesak!!!!
seperti biasa, bagai semut hitam yg sedang merayap di celahan batu,
masa yg sepatutnyasekejap
berjela-jela lambat jadinya
lewat aku lewat.
menghadirkan diri seperti biasa
ku ketuk pintu rezeki ku
dgn palitan merah didada!!!!

tertekan!!!!
sungguh hari ku tertekan!!!
jam baru pukul 10 pagi,
begitu banyak urusan dunia yang perlu ku patuhi
yang perlu ku selesaikan.
pukul satu aku terlepas, perut kosong memberi amaran
ku keraskan hati, ke ketuk papan kekunci

lebih tertekan,
tengah hari ku
disumbat dgn laporan.
dgn perjumpaan
dgn perbincangan
dari satu bilik ke satu bilik ku dikerjakan
berjela arahan, berjela agenda, berjela laporan
anak-anak buah ku mengerling penuh kehairanan
hari yg biasa jadi ribut tak keruan.

ku pejam mata, kukunci lidah,
ku tahan nafas, ku buka minda
ku singgah hati
ku sapa jiwa
sabar....
roh ku berkata benar.....

bilik ku diketuk lagi.
apa pula kali ini,
bergegas semua yang kanan
berkumpul di bilik utama
mendengar arahan dan amanat dari ketua utama

keluar sahaja, semua berkerut dahinya,
termasuk jua aku ini,
perut makin berbunyi,
sabar.... bukan rezeki...

aku tersentak!!!!
zohor ku hendak melabuhkan tirainya,
kurang 1 jam lagi.
bergegas aku, ke musolla, yang terkunci sepi.

ku kembali menerjah pintu bilik ku,
bertimbun lagi laporan.

arh!!!!
batin ku menjerit.
ku bungkam pintu belakang,
asap berkepul kehembus ku tarik
sebatang.... 2 batang.... datang pula yg lain.
sambung lagi, bara yg masih menyala, sahut-sahut bersambung....
berbekalkan air teh yg dibancuh sendiri,
rancak berbual, hilangkan resah di jiwa.

cukup sudah!!!
dada ku sakit tidak terperi.
batukan keras penawarnya
ku lontarkan sepenuh jiwa
ke bilik ku
mengadap laporan
ku ketuk papan kekunci mencari jawapan

pukul lima mula menyapa, semua mata tersenyum tawa,
pada jam dinding, setiap saat dihitungnya....

beransur kurang, bangunan rezeki beransur kurang
ramai yang pulang.

tapi aku masih tersisa disini.
ke ketuk papan kekunci

arh!!!!
leka lagi aku.
sudah pukul 6
langit pun sudah berdarah jingga
lemah kaki ku menapak. turun semula ke musolla

tenang seketika
dalam hening ku kumpul kekuatan
menapak semula keatas
melemaskan diri di balik kurungan

laporan diselak di semak
papan kekunci diketuk....

di luar jendela,
mentari sudahpun lemas terkapai-kapai di kaki langit
ku kemaskan perkakas, ku susun molek
aku beratur seorang diri.
menunggu pangilan azan
takbir diangkat, dalam dinginnya air hujan

daku pulang,
mata berpinau, badan berkusam
bergerak aku dgn perlahan
menikmati udara malam
perut ku sudah berhenti berbunyi
diam...merajuk..

ku singgah sebentar.
memesan rezeki yg dijanjikan tuhan. perlahan-lahan. tak bermaya ku telan

pintu rumah ku ku buka
dlaam pekat gelap, ku lontarkan cahaya dari balik dinding bersilang
sunyi...

mana isteri???
mana putera ku???
mana puteri ku????
sepi tiada jawapan,

lamunan ku dikejutkan,
deringan telefon nyaring.
panggilan dari isteri tercinta. menyatakan rindunya, bertanyaka nkhabar, memesan perkara
insyaallah, minggu bakal berjumpa.....

ku besihkan diri, ku duduk termenung pada isi rumah yang penuh tapi kosong..
ku sapa kalbu ku pujuk hati ku tnaya jiwa.
marilah mengadap illahi. penuh khusuk buat sekian kalinya

wudhuk ku ambil
penuh tertib dan berhati-hati
bagai membasuh tubuh si kecil
semua rukun ku patuhi

ku bentangkan sejadah....
di dalam bilik yang ehning sepi,
tiada kedenagaran
walau desiran sayap nyamuk..
hening
sepi sesepinya

takbir diangkat, surah dibaca....
dalam aku berdiri tegak,
dlaam aku sujud menyembah,
dalam aku menadah tangan memohon ampun dan doa

hati ku tenang... setenang-tenang nya

ku tepuk-tepuk tempat beradu,
ku titipkan kalimah sebelum mata terpejam......
ku laungkan nama Mu jauh di dalam kalbu, aku tersenyum seorang...
mata dipejam.... hati bertitip kalimah....
mata dipejam.. hilanglah semua.....

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'

SALAM SI DAJJAL (MATA SATU)

hari ini, mentari menyinsing lagi,
kuning jingga merah warnanya
hari ini,
warga kota seperti biasa, berasak menuju ke tempat kerja
di pagi ini, lokasi berbeza,
org deza senyum syukur,
 mengerakkan urat belikat,
membanting tulang mencari rezeki,
 dilaut, dikuala, dibendang
 mahupun di hutan belantara

namun,
dalam hening pagi yang damai,
si dajjal melaungkan salam,
terlalu gempita,
hingga hanya kuman sahaja yg mampu mendengar
dalam diam dia meyapa,
di sekolah, di kedai kopi, hatta di pejabat ketua kampung, mahupun tok kadi
rancak
agendanya begitu rancak
hinggakan bagi yang tidak biasa,
pasti tersesak nafasnya
menyaksikan kerancakan agenda sulit si dajjal satu mata

nun jauh di sebuah benua,
perancangan disusun rapi
kasih sayang dan persaudaraan menjadi cogan kata,
tetapi dibaliknya, tertinta seribu dosa,

di balik dunia ini, di tanjung kecil ini, yg dikelilingi pulau ini.
yg digelar tanah emas,
yang masyur dari zaman purba dan candi
juga terkena tempiasnya
salam dajjal penuh pekerti dengki

di sebelah sini,
antara nusa saling tak percaya
ajaran guru disisih hina
cakar- mencakar menjadi drama, hingga lupa susur galur,
yg remeh, yg utama
yg benar atau yang dusta......
pemuka-pemuka disini
saling bergaduh tak henti-henti
tuduh menuduh, kafir mengkafir berulang kali


-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-Baik Cahaya'

TAWA KECHIWA

panji mim dikanan,
keris panjang di kiri
semutar tersisip di pinggang
lela rentaka, gagah berdiri
tegak di tepi,

gendang perang dah berbunyi
tapi sayang khalifah-khalifah yg ada
masih bermimpi,
cakar mencakar
sesama sendiri
lalu jadi lah aku,
amuk terpendam dalam jiwa
duduk bersila
mendengus ia
atas pagar ia bertapa,
dalam senyap,
air mata terurai ke pipi
dalam diam,
mata ku tajam memerhati......
belum habis rupanya sandiwara
baik bendera yg hijau, biru, putih,  dan pelbagai warna
yg memerintah,
diragui kiblatnya
yang menongkah, disangsikan niatnya
ada juga yang sedang gundah gulana,
rahsia peribadinya ditatang untuk dibicara!!!!!!!!
tapi yang jelas lagi pasti
bangsa mim lemah dirantai berkati-kati
tanah dijajah dan dijarah, lalu diperah
seinci demi seinci,
darah dipertuan jadi 'hamba',
hitam dan kuning yang jadi 'raja'
jujurnya ku ragui,
baik hijau bulan purnama,
baik merah jawi bertemu urat,
baik bulan sabit terbelah dua
ku ragui kejujuran mereka

jadilah tanah ku, bangsa ku
bagai ayam jantan berkokok siang
sedangkan reban dijarah, oleh liciknya musang........

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-Baik Cahaya'

Panji Mim Tulisan Ibrani

Ku bawa panji,
huruf 'Mim' tulisan Ibrani.....
siapa yang mengerti?
tanah ini hak kami,
bangsa gunung darah naga....
laksamana di laut, nama timangan
taufan dan ribut jadi tunggangan
keris dan semutar alat mainan
emas dan rempah, barang dagangan.

Berjuta Kurun beraja disini,
segala nusa menyembah di kaki,
baik naga di utara, krisya di barat,
merafak sembah menjujung kasih pada kami.

manatah dia ramayana,
epik sita dan dewa berseloka,
ditanah emas, negara kami
jadi lagenda prasasti purba

Manatah dia pendita China,
bertapa disini menuntut ilmu
pada guru 'srivijaya'
pendita tersohor seluruh nusantara
berdarah 'Mim' kacukan naga  panji bendera

Manatah dia wangian-wangian,
6 zuriat hadiah persembahkan
pada ulul azmi jadi pasangan,
6 putera dipisah jangan.

wangian-wangian si mayang sari,
darah naga keturunan bahtera
jadi peneman ke tiga ulul azmi
namanya tercatit dalam lembaran suci,
jadi tanda tanya pada yang takut dan sedang memerhati lalu mencari
akan rahsia yang tersembunyi.

Aku keturunan darah 'Mim'
ini tanah ku tempat ku bermain.....
cuba jangan dicuba
dibangkitkan naga yang tidur lena


keturunan ku penuh pekerti,
merusuk tersenyum ditikam pun tersenyum,
budi nan santun jadi tradisi
kawan ditatang musuh tak dicari

kalau berdagang asyik sekali,
timbang dan berat sentiasa berhati

bangsa ku santun jadi pegangan
menghina pun penuh adab dan sopan
berkerispun bersulam tarian,
menghukumpun jadi tauladan
berkasihpun jadi siulan

keturunan ku kepalang misteri
tak tertunduk penangan gahpurib
isa beraja hingga kini
ketuanan disanjung ke akar budi

nantikan,
keturunan ku bangkit,
dari atas gunung memerhati,,,,
lautan kan jadi pentasnya
ribut dan taufan jadi tunggangannya,
keris dan semutar alat mainannya
emas dan rempah barang dagangnya

jangan
usah jangan
murka keturunanku
dicuba jangan
kelak bahana seluruh badan


keturunan ku memang penyantun,
pemaaf pun ia,
peleka pun ia
rendah diri jadi bentengan,


tapi coba jgn di coba
mim yang tidur dibangkitkan
kelak murka dihalaukan
dari tanah bertuah

murka bangsa ku bermain api.
murka bangsa ku sampai ke laut
amok bangsa ku
gempita bagai sang ribut


'luahan hati yang tidak bertepi,
dari panji mim tulisan ibrani,
tajam mata ku memerhati,
tegak teguh daku berdiri.....
PANJI DIKANAN
KERIS DIKIRI
SEMUTAR TERSISIP
RENTAKA DITEPI............
MENUNGGU MASA
UNTUK DIMUNTAHKAN
LAHAR API......

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-Baik Cahaya'


Pada Pagar Aku Berdiri

aku, keliru...
berapa ribu yang senasib dgn ku keliru
mana satu......
yang harus ku tujukan
mata bola pen ku,
pangkah ku,
ku simpan

biar jujur,
org atasan
biar terbukti
segala perbuatan
baru pena ku berjalan.


baik kiri mahupun kanan
ada rahsia
yang hendak disembunyikan


atas pagar aku bersila
bukan ku pinta utk bertapa di atas pagar ini
tapi apa kan daya
wayang yang sedia ada
semakin besar layarnya

baik kanan, mahupun kiri
baling batu, tangan disembunyi

mana bukti.. tunjukkan
agar daku tak sesat berjalan

boleh sahaja
aku melaung bagai kerasukan
memilih mana sahaja
baik kiri atau kanan


aku melaung,
menyatakan sokongan
baik ku pilih yg kiri
atau ku berpaut pada yang kanan

tapi untuk apa?
bangsa ku masih mundur
agama ku masih dipermainkan
rahsia bangsaku masih disimpan
masih dicuri
masih dijarah sesuka hati


atas pagar aku bertapa
menanti jujur datang menerpa

gerun aku melihat sketsa wayang melayu
sesama sendiri
kafir mangkafirkan

sedang Dajjal duduk tersenyum
memerhatikan
rapuh punah bangsa ku
tidak bersatu

tanah ini pernah dijajah dan jarah
dan sekali lagi ia dijajah dan dijarah
sedang pemuka dan pemudanya
leka bemain sketsa drama
tuduh menuduh
cerca mencerca
hanya dahagakan
kepingan kertas undi untuk dipangkah

yang mana satu?
yang hijau atau yg biru????


tetap lah pendirianmu
wahai pemuka
palingkan hati mu
pada harta dunia
bersihkan dirimu
dari di bicara

tetapi, ia tetap terjadi
ada yg membisu,
ada yg memfitnah
ada yg dibicarakan
ada yg duduk mengira
hasil rasuah dan riba

apa perlukah ku menderhaka???
ku amuk seantaro nusantara
ku tikam bunuh semua pemuka
yg acap kali bermain sandiwara?????

bila selesai ribut amukan ku,
lalu ku serahkan tampuk kursi
pada mereka yang ada pekerti
biar dia sahaja yg mentadbir
menjadi khalifah diri ku ini????

tapi itu tidak bisa terjadi
waras ku masih meninggi
akal ku masih panjang
cuma hatiku bergulai duka
berlauk hiba
berulam nestapa

kerana nasi dihadapanku
belum tentu dari halal atau haram
kerna khalifah ku
acap benar bermain wayang

lalu bertapa lah aku
untuk sekelian kalinya

atas pagar ku berdiri
memerhati
dan terus memerhati
tanah ku
seinci demi seinci
jadi rebutan,
jadi jarahan

sedangkan pemuka-pemuka ku
asyik benar bermain wayang


tunjuk kan kepada kami
kejujuran di dalam hati
baik hijau atau biru
jangan dikau bermain wayang
menambah celaru

buktikan sekarang
sebelum bergema gendang perang
dari musuh di laut seberang


ku julang panji 'Mim' tulisan ibrani
dengan kalimah aku berdiri
bagai aliff,berpaut pada nur tajalli..........................................

ikhlas dari yg tak berparti.........

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'

ALHAMDULLIAH

Dian Sastro:

disaat waktu berhenti...
kosong
dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga.....
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
*sadarku...... akan hadir MU, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:

ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:

merenungi luar jendela,
mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna
aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,
senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama
hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi
ada yang kurus,
ada melencong
ada yang lurus
bukan semuanya tulus
ada sempuna
ada kurang upaya
ada yang jadi buta
hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula
dengan sekecil bata
boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah
bukannya sukar,
kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:

jadikanlah
ku tentera Fisabilillah
yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila
persimpangan tiba
hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira
dan cuma mula mencari KAU disaat hiba
ku cuma manusia
penuh dengan kesilapan
tapi bisa membezakan
cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan
duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan
keruh kuasa dan perempuan ah...
sentiasa legar diminda,
dikejar dan dipinta
dari zaman bermula
hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpa MU disisi
dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi
nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,
menjiwai peranan
menepati pesanan
janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:

aku yang memandang di dalam lubuk hati,
mencari-cari ZAT
rahsia yang kata NYA tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi
WUJUD menyertai
lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,
aku mengerti
segala yang terjadi
di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi,
pelik dan benar,
qada' dan qadar
KAU berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan
segala kesesatan
usah KAU biar nafsuku terliur
dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina
amat benar merindui
moga cahaya lailatul
tak membutakan mataku,
semoga segala puji
tak ku meninggi diri
moga segala janji
dapat juga ku penuhi,
moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau,
ku tidak akan risau
dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah
ku akur
786  (bismillahirarahmanirahim)
Alhamdulillah
Syukur...

Dian Sastro:

sujudku
pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan
* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur pada MU
YA ALLAH...
untuk nama,
harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah
pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti
lebih baik makna diri
semua lebih berarti
akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

BERSUMPAH DENGAN LANGIT

Makin lama semakin mendalam
Bisa cinta masih merayau
Segenap tubuh kecilku yang lemah

Makin lemah semakin menjauh
Diri sesat di awangan
Sehingga menjadi luput warasku

Balasan yang telah ku terima
Memujai semua cinta
Lahir dari hati yang sedang lara

Makin lama semakinlah parah
Luka cinta kian merebak
Melumpuhkan segala sudut kudratku

Biarpun jiwaku begitu kasih
Selagi hati ada semangat
Biar seberkas nafas ruang tertinggal
Di dalam rongga jasad

Aku...............

Bersumpah dengan langit
Takkan biarkan 
KAU lepas dari sesalan
Gelora rinduku

Sanggup............
Sampaikan terpaksa
Ku terpenjara
Merengkok dalam gelita
Sepanjang usia

Ku menagih sang mentari
 Cinta singgah......

Awie/ edri hashim

Friday, September 3, 2010

pendapatan mewah dgn cara paling malas dalam dunia

pendapatan mewah dgn cara paling malas dalam dunia




jana pendapatan yang paling mudah, murah dan pemalas. dipelopori oleh internet marketier yg dah berjaya mengaut keuntungan beratus-ratus ribu dengan hanya melayari internet. bebaskan bebanan kewangan anda sekarang, masalah hutang yang bertimbun, masalah kesempitan hidup, masalah kekurangan wang di poket, masalah nak merasa hidup mewah akan selesai dgn cara yang paling mudah. bukan forex, bukan ahlong, bukan MLM. tetapi kaedah paling betul untuk jana pendapatan secara pasif hanay dari rumah, 2 jam sehari, dan ganjarannya, ledakan duit di dalam akaun bank anda dari RM100, RM7500 dan RM30,000 milik anda. tidak memerlukan pengetahuan yang meluas dalam web disign atau yang seumpama dengannya. segeralah bertindak dan jadi kelompok pertama yang dapat maklumat rahsia ini.

duit extra, duit poket, duit tambahan, pendapatan sampingan, jutawan segera, jutawan automatik, duit malas, duit mudah, wang segera, atau 1001 nama lagi, rahsianya ada disini di http://bit.ly/kashfullmillionaire atau di http://bit.ly/kantoi2010

segeralah berubah dn jadi mewah dengan cara mudah, pantas, senang, ini. cara paling malas telah didedahkan. sila click e link tersebut untuk maklumat lanjut.

Thursday, September 2, 2010

rindu di bulan ramadhan

kala malam ini
rindu mengusik hati
pada kakasih
yang terpisah 4oo tahun lamanya

kala ini
hati terdetik
apa khabar rasul ku ini
di sisi malaikat
menanti umatnya di titian masyar

kala ini
air mata ku mengalir lagi
ku bayangkan
andai aku hidup disampingnya
sekelumit debupun tak akan ku benarkan
menyapu tubuhnya

wahai angin
kau titipkanlah salam ku
pada junjungan besar ini
sampaikanlah rindu bak lautan yg luas
betapa aku menanti panggilan tuhan

Tuhan ku Yaa Ar-Rabb
3 dekad nayawa ini bersemadi di dalam jasad
3 dekad hati ini menjauhiMu
3 dekad dahi ini tunduk cuai mengagungkanMu
3 dekad jasad ini kufur nikmatMu
3 dekad aku terkapai mennyambut Nur Tajalli Mu
ampunilah aku Ya Fatah, Ya Baqi
peliharalah aku Ya Rahman  Ya Rahim
kasihanilah aku Ya Malik Ya Hakam

Aku hamba mu yang lemah
AKu hamba mu yang hina
Aku hamba mu yang kufur
Aku hamba mu....ya Rashiid.......

Yaa Malikul Mulk,
seluruh kiwa ini milik Mu
Yaa Dzall Jalali jiwa ini milik mu
ampunilah daku
yang lemah lagi cuai ini

redhalah aku ya Ya Qayyum
akan fitrah ku
akan qada' ku
akan qadar ku

aku hamba Mu.....

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'

Sunday, August 29, 2010

kenal diri

Tanya pada Hati,
Apa yang bersemayam di dalam Jiwa?
jawabnya, "satu 'Aliff', dua 'Lam' Satu 'Ha' "
Jadi injap pembuluh darah.

tanya pada Jiwa, apa yang dirindu?;
"satu 'Mim', satu 'Ha' satu 'Mim' lagi dan berakhir dengan 'Dhal'" jawab Jiwa.
hujung kiamat baru berjumpa

tannya pada roh,
siapa penghulu?
30 musyaf 114 surah jawabnya. jadi tajjalli penyuluh hidup

soal pada diri,
apa yang disesalkan?
dosa yang terpalit bagai lumpur yang hitam lagi busuk
kitab hidup, yang leka dan tak kenal dek untung

soal kembali pada diri,
apa  yang dimurkakan?"

bila Ar-Rabb ku dipermainkan
bila orang yang ku rindu dipersendakan
bila saudara ku dipijak dan diinjakkan
bila bangsaku diperlekehkan.
 bila zuriat yang kecil disia-siakan, tidak bernyawa.
amarah ku sebesar lautan.
amok ku bakal mengdang taufan.

kerana itu Ar-Rabb ikat.
4 kerat tulang ini. biar terpaku di batang kali.....
sifar Ar-Rahmannya tersirna.
jika tidak habis ku amuk satu Melaka
si Jebat bangkit, jgn ditertawa.

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'

Mukadimah: memoir seorang bloger

Salam....

pembuka mukadimah.
atur bicara.
langkah disusun setapak dua...
jari diatur. mohon sembah
mukadimah pembuka bicara.
dari fakir kepada segala nusa.

tapak sejenggal, jadi sedepa.
dari selangkah jadi sepalung.
itu mimpi dan juga cita-cita.
mohon dibantu kalau tercela.





-abi kashful hakim-
ruang tamu

-Panji Mim Tulisan Ibrani-
'Sebaik-baik Cahaya'